Tuesday, March 8, 2011

Giveaway 1st Birthday 'CeRiTa HiDuPkU


Sempena menyambut ulangtahun pertama blog 'CeRiTa HiDuPkU' pada 19hb Mac nie...Pn Suriyati dengan berbesar hati nya ingin mengadakan satu 'Giveaway' untuk semua. So saya pun sertai juga!

syarat nye mudah sahaja...

1) Jadi follower blog CeRiTa HiDuPkU....
2) Buat satu entry kt blog korang... tajuk 'Giveaway 1st Birthday 'CeRiTa HiDuPkU'...copy banner skali ye dan link kan kt entry beliau...(sticky kan post tu ye)
3) tinggalkan link entry korang kt ruangan komen...untuk beliau buat sport check ye...

itu je syarat2 nye...mudahkan...jom la sertai beramai2...hadiah2 menarik menanti anda...pemenang akan ditentukan dgn cara cabutan bertuah...cabutan akan dibuat oleh en.hubby beliau sendiri....tarikh tutup 19 hb Mac 2010.

Tuesday, March 9, 2010

d'alya boutique giveaway

Jom sertai giveaway D Alya yang menarik ni!

in conjunction with their wedding anniversary this 14th of March, d'alya boutique is organizing a giveaway contest. Just a simple one... Whether you are a blogger or not, both can join. The more the merrier...

Contest start date: 1st March 2010
Contest end date: 31st March 2010
Result will be announced latest by 15th April 2010

d’alya boutique has generously offered: 
  1. Cloth Diaper Babyland Printed SpongeBob – 1 unit worth rm29 
  2. Cloth Diaper Coolababy Snap Button – 1 unit worth rm26 
  3. Coolababy Wet Bag – 1 unit worth rm25 
  4. Busha Legging Pant – 1 unit worth rm14
  5. Mystery gift for best photo of baby wearing CD or Busha
For 5 lucky babies!!!!
 
Jom jom kita jengah blog shop D Alya sekarang untuk tengok syarat2nya!

Monday, March 8, 2010

giveaway... wanna be my hot lucky girlz?

Yea yeah! Azima DIY Shop telah menganjurkan Giveaway menariks ni. Hadiahnya? Tu haa tudung & dress dalam gambar di atas.

Syaratnye senang aje..

bg yg ada blog..
- buat satu entry ttg giveaway nie di blog anda, tajuk ‘giveaway... wanna be my hot lucky girlz?’ beserta link giveaway & gambar.. kemudian tinggalkan komen anda di entry ini ~sertakan add blog & email utk dihubungi
- add dlm blog beliau dlm blog list anda
~ beliau akan lakukan perkara yg sama, masukkan ur blog dlm blog list beliau. utk peniaga online, win win situation nie!

So... soalannya...
ceritakan why u really wanna be my hot lucky girlz
 Sebona eh... akak dah kehilangan sehelai tudung yang kaler macam gambar di atas & dress yang sejibik sejiban macam tu. Itu memang akak punya! Pulangkaaaannn~~~ Pulangkaaaannn~~~ Kalo tidak ahkak jadi puntianak cekik kao malam ni!

;)

Tecik Tenit Tomel My 1st Giveaway


yES!!! Saya sertai giveaway ni anjuran qasehadam! Sempena wedding anniversary beliau :)

Syarat2nye mudah jerrrr. Saya petik dari blog tecik tenit tomel:

Bagi yang ada blog
  • Terbuka kpd semua bloggers dan mereka yg takde blog pn bleh join gak.
  • Jadi follower blog tecik tenit tomel dan linkkan blog ini dlm bloglist anda.
  • Buat satu simple entri tentang giveaway ini dgn tajukt Tecik Tenit Tomel My 1st Giveaway dan jgn lupa tepekkan gambar di atas serta letakkan link entri ini pada entri anda.
  • Tinggalkan komen anda di sini dan link yg telah dibuat tentang giveaway ini.

Bagi yang tiada blog lak anda bleh gak join dgn

  • Jadi follower blog ini
  • Emailkan ttg giveaway ini kpd 5 org dan cc kpd wan_nur31@yahoo.com.
  • Ataupn add kan nama anda di facebook( id suchi zahraa azwan)
  • Pastikan link ttg giveaway ini di war-warkan di wall anda.
  • Jangan lupe tinggalkn komen di sini beserta email @add facebook anda.

OK saya dah buat semua!
Arap2 ada luck ;)

Wednesday, March 3, 2010

Anin's Mini Giveaway

 

Saya menyertai Anin's Mini Giveaway, yang dianjurkan oleh Puan Anin kita nih.
Bagaimana syarat2 dia?
*dipetik dari blog Anin:

1. Be my follower.. ini wajib ye..tk da nama rejected!!!
2. Sila buat entri untuk ANIN'S MINI GIVEAWAY dan link kan ke blog saya yg tak brape gleme ni
3. Sila nyatakan mengapa anda berminat menyertai giveaway ini
4. Tinggalkan URL di entri ini

syarat baru je tambah

ADDITIONAL POINTS
1. LETAK BANNER I DLM ENTRI YE..KAT SIDEBAR TU OPTIONAL
2. JGN LUPA LINK BLOG ANIN BALIK

Hadiahnya pun best2 tauuu:

3 keychain terengganu
2 foot detox patch
1 perfume

Wah wah wah!

Datelinenya sampai 25hb ini!

jomla sertai!

Saturday, February 27, 2010

Peraduan Pengalaman Berpantang

Ini jua peraduan anjuran Puan Masayu. Memang best sebab hadiahnya buku, dan saya suka buku!

Terma & Syarat

1. Menjadi Follower- www.masayuahmad.blogspot.com
2. Pautan blog http://www.masayuahmad.blogspot.com/ di blog anda (pilihan tambahan)
3. Pilih buku dan ketegori- sila letakkan di side bar blog anda, pautan terus ke blog ini.
4. Uar-uarkan peraduan ini di blog anda.
5. Kategori A, semua peserta layak untuk menang. Cabutan undian akan dibuat oleh kanak-kanak riang.
6. Kategori B, pengalaman pemenang akan disiarkan dalam projek penulisan saya, anda juga layak mendapat satu lagi buku misteri (penjagaan kesihatan wanita). Maksudnya anda akan mendapat dua buku.
7. Setiap orang boleh menyertai kedua-dua kategori serentak atau salah satu sahaja.
8. Tarikh tutup: Sehingga diberitahu kelak.

OK lah. So saya nak serta kedua2 kategori ni.

Kategori A : saya nak buku 1!

Kategori B: Pengalaman Berpantang Selepas Melahirkan Fahry

Fahry adalah anak saya yang kedua. Pengalaman berpantang selepas melahirkannya adalah amat unik. Kerana apa? Kerana bayi saya adalah anak istimewa dan tidak cukup bulan pula. Tambahan pula ketika itu saya berjauhan dari keluarga, nun jauh di Sarawak. Jika orang lain berpantang di rumah ibu/mentua, dengan sepenuh perhatian, meraih pengalaman menyusukan dan menjaga bayi yang baru lahir... tapi tidak saya.

Sepanjang masa berpantang, anak saya tidak berada di sini saya. Fahry ditempatkan di dalam inkubator kerana berat badannya yang sangat ringan, hanya 1.2kg semasa dilahirkan. Jadi saya terpaksa berulang-alik ke hospital setiap hari untuk menjenguknya dan memberikan susu kepadanya. Saya juga pernah tinggal di hospital untuk menjaga dia (untuk bayi pramatang, ibu digalakkan room-in atau tinggal bersama).

Jadinya, pantang seperti orang lain tu saya tak lalui. Namun, saya tetap pergi berurut dan menjaga pemakanan. Cuma saya tidak ada mandi daun kayu seperti yang saya alami semasa berpantang anak pertama dulu.

Untuk memudahkan saya, suami telah membelikan Gamogen, pati ikan haruan dan bengkung moden, supaya saya mudah untuk bergerak.  Saya juga mengambil vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan saya. Maklum saja, saya masih menyusukan anak sulung saya yang baru berusia 14 bulan ketika itu. Jadi setiap hari rutin saya ialah menguruskan si abang, mengepam susu buat si adik dan ke hospital untuk memberinya susu melalui tiub. Memang mencabar pada mulanya, kerana saya masih takut2, namun bila dah biasa, saya rasa lebih mudah memberinya minum melalui tiub berbanding dengan menggunakan cawan (setelah keluar inkubator) kerana bayi saya tidak suka kepada susu perahan :)

Saya meneruskan hidup seperti biasa, kadangkala memandu untuk menjenguk Fahry di hospital. Namun saya amat berterima kasih kepada suami yang tak putus2 memberi sokongan kepada saya. Setiap hari kami mendoakan keselamatan Fahry, walaupun dirinya tak sempurna anggota (cacatler) tapi bagi saya dialah permata hati kami. Fahry telah memberi kami kegembiraan dan keberkatan.

Akhirnya tempoh berpantang saya habis (walaupun bukan menjalani pantang yang ketat), dan Fahry dibenarnkan pulang sebaik saja saya habis pantang. Maka kami melalui fasa bersama, setelah lebih sebulan berjauhan. Masa itulah pertama kali saya memandikannya, memeluknya ketika tidur, bermain2 dengannya...

 
Fahry ketika baru dilahirkan

Fahry ketika baru pulang ke rumah

Fahry hari ini.

Berpantang sendiri, tidaklah mudah dan tidak pula susah. Yang penting, kerjasama daripada suami dan sokongan dari keluarga. Alhamdulillah saya dapat melaluinya. Kini  bayi saya dah 14 bulan usianya, sudah mula bertatih, hingga saya lupa yang saya pernah menangis kerana risaukannya!

Buku Inspirasi Contest 2010

Sekali lagi saya sertai pertandingan Buku Inspirasi Contest 2010 yang dianjurkan oleh Puan Masayu.

Saya memakai tudung bawal sebab ianya mudah nak dikenakan dan simple saja. Saya ni bukan jenis suka pusing2 tudung segala :)

Status Kini:
Wanita bekerja dan mempunyai pendapatan sampingan.

Cabaran menjadi wanita bekerja dan mempunyai pendapatan sampingan:
Sebenarnya saya adalah merangkumi semuanya. Saya bekerja, di samping itu saya menguruskan perniagaan internet dan juga perniagaan vitamin saya, dan akan datang perniagaan yang baru saya cuba nak ceburi (banyak kan!). Saya juga adalah surirumah, sebab saya tiada pembantu. Saya menguruskan 2 anak lelaki saya tanpa bantuan.

Bekerja sepenuh masa, jadi saya perlu meninggalkan rumah seawal jam 6.45 pagi untuk ke pejabat. Anak-anak saya tinggalkan di taska, Saya telah memilih taska yang bagus untuk anak-anak saya, kerana bagi saya taska adalah rumah kedua bagi mereka. Jadi haruslah saya memilih taska terbaik yang dapat menjaga mereka dari segala aspek. Dan saya tak suka merungut2 tapi tak boleh buat apa2. Biarlah kita hantar mereka ke tempat yang betul2 puas hati, bayar mahal sikit pun tak apa.

Kerja saya bukan sekadar duduk di pejabat saja. Saya perlu outstation, ke pejabat kontraktor dan perunding, ke lapangan, ke luar pantai dan mungkin ke luar negara. Ini adalah satu cabaran besar buat seorang ibu, kerana saya menyusukan kedua-dua anak saya. Jadi mereka berdua amat rapat dengan saya. Sebolehnya saya membawa anak-anak saya mengikuti setiap kali saya ke luar kawasan, tapi sejak akhir-akhir ini dek kerana ketiadaan penjaga, saya terpaksa meninggalkan mereka kepada suami.

Pendapatan sampingan, lain pula ceritanya. Saya terpaksa mengorbankan masa rehat, masa senggang untuk memberikan komitmen kepada kerja sampingan. Waktu tidur juga terpaksa dilewatkan. Namun saya tabahkan hati demi membangunkan cita-cita kami, dan demi kepentingan anak-anak.

Mempunyai anak istimewa, sesungguhnya dia telah memberikan sepenuh inspirasi kepada saya untuk meningkatkan cita2 untuk memajukan diri. Demi anak-anak, saya harus kuat untuk mengubah nasib keluarga. Anak-anak saya berhak untuk mendapat peluang menjadi luar biasa, dan ia bermula dari ibu bapa mereka. Oleh itu saya tak kisah berjaga malam, tak cukup tidur demi sebuah impian yang kami lakar bersama.

Kadang-kadang saya terbabas juga. Maklumlah bila kepala dan sendat, kadang2 melimpah. Mujurlah suami seorang yang sangat memahami dan amat menyokong saya. Beliau menggalakkan saya terus bekerja menuju cita2 menjadi seorang jurutera professional, dan mengejar 'passion' saya sebagai seorang entrepreneur, di samping menjadi ibu yang mithali.

Oleh itu, saya harap saya dapat memiliki buku 'Bawa Hatimu Kepada Tuhan' supaya walau apa pun saya, sya tetap menjadi hamba Allah yang beriman dan taat pada-Nya.

Saya tak ada gambar, maklumlah tiada kamera... saya harap penyertaan saya ni diterima :)