Saturday, February 27, 2010

Peraduan Pengalaman Berpantang

Ini jua peraduan anjuran Puan Masayu. Memang best sebab hadiahnya buku, dan saya suka buku!

Terma & Syarat

1. Menjadi Follower- www.masayuahmad.blogspot.com
2. Pautan blog http://www.masayuahmad.blogspot.com/ di blog anda (pilihan tambahan)
3. Pilih buku dan ketegori- sila letakkan di side bar blog anda, pautan terus ke blog ini.
4. Uar-uarkan peraduan ini di blog anda.
5. Kategori A, semua peserta layak untuk menang. Cabutan undian akan dibuat oleh kanak-kanak riang.
6. Kategori B, pengalaman pemenang akan disiarkan dalam projek penulisan saya, anda juga layak mendapat satu lagi buku misteri (penjagaan kesihatan wanita). Maksudnya anda akan mendapat dua buku.
7. Setiap orang boleh menyertai kedua-dua kategori serentak atau salah satu sahaja.
8. Tarikh tutup: Sehingga diberitahu kelak.

OK lah. So saya nak serta kedua2 kategori ni.

Kategori A : saya nak buku 1!

Kategori B: Pengalaman Berpantang Selepas Melahirkan Fahry

Fahry adalah anak saya yang kedua. Pengalaman berpantang selepas melahirkannya adalah amat unik. Kerana apa? Kerana bayi saya adalah anak istimewa dan tidak cukup bulan pula. Tambahan pula ketika itu saya berjauhan dari keluarga, nun jauh di Sarawak. Jika orang lain berpantang di rumah ibu/mentua, dengan sepenuh perhatian, meraih pengalaman menyusukan dan menjaga bayi yang baru lahir... tapi tidak saya.

Sepanjang masa berpantang, anak saya tidak berada di sini saya. Fahry ditempatkan di dalam inkubator kerana berat badannya yang sangat ringan, hanya 1.2kg semasa dilahirkan. Jadi saya terpaksa berulang-alik ke hospital setiap hari untuk menjenguknya dan memberikan susu kepadanya. Saya juga pernah tinggal di hospital untuk menjaga dia (untuk bayi pramatang, ibu digalakkan room-in atau tinggal bersama).

Jadinya, pantang seperti orang lain tu saya tak lalui. Namun, saya tetap pergi berurut dan menjaga pemakanan. Cuma saya tidak ada mandi daun kayu seperti yang saya alami semasa berpantang anak pertama dulu.

Untuk memudahkan saya, suami telah membelikan Gamogen, pati ikan haruan dan bengkung moden, supaya saya mudah untuk bergerak.  Saya juga mengambil vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan saya. Maklum saja, saya masih menyusukan anak sulung saya yang baru berusia 14 bulan ketika itu. Jadi setiap hari rutin saya ialah menguruskan si abang, mengepam susu buat si adik dan ke hospital untuk memberinya susu melalui tiub. Memang mencabar pada mulanya, kerana saya masih takut2, namun bila dah biasa, saya rasa lebih mudah memberinya minum melalui tiub berbanding dengan menggunakan cawan (setelah keluar inkubator) kerana bayi saya tidak suka kepada susu perahan :)

Saya meneruskan hidup seperti biasa, kadangkala memandu untuk menjenguk Fahry di hospital. Namun saya amat berterima kasih kepada suami yang tak putus2 memberi sokongan kepada saya. Setiap hari kami mendoakan keselamatan Fahry, walaupun dirinya tak sempurna anggota (cacatler) tapi bagi saya dialah permata hati kami. Fahry telah memberi kami kegembiraan dan keberkatan.

Akhirnya tempoh berpantang saya habis (walaupun bukan menjalani pantang yang ketat), dan Fahry dibenarnkan pulang sebaik saja saya habis pantang. Maka kami melalui fasa bersama, setelah lebih sebulan berjauhan. Masa itulah pertama kali saya memandikannya, memeluknya ketika tidur, bermain2 dengannya...

 
Fahry ketika baru dilahirkan

Fahry ketika baru pulang ke rumah

Fahry hari ini.

Berpantang sendiri, tidaklah mudah dan tidak pula susah. Yang penting, kerjasama daripada suami dan sokongan dari keluarga. Alhamdulillah saya dapat melaluinya. Kini  bayi saya dah 14 bulan usianya, sudah mula bertatih, hingga saya lupa yang saya pernah menangis kerana risaukannya!

No comments:

Post a Comment